Wednesday 3 September 2014

Sahabat & Dropship

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi.
Setelah beberapa hari aku mencuba dan mencuba sesuatu yang tidak pernah dijangka telah berlaku. Semuanya bermula apabila aku bertanya khabar kawan sekolah menengah yang sudah lama kami tidak bersua. Ketika dizaman persekolahan dulu kami duduk bersebelahan di dalam kelas. Setelah selesai zaman persekolahan masing-masing membawa diri mengejar impian demi impian. Akan tetapi pada zaman yang serba canggih ini, tali persahabatan yang dulunya putus bersambung semula melalui alam maya. Itulah faedah yang aku kira sangat bernilai teknologi masa kini jika kita bijak memanfaatkannya.  
Kami bertukar-tukar cerita mengenai kehidupan yang sedang dilalui. Seperti yang pernah aku katakan sebelum ini, aku seorang suri rumah sepenuh masa yang sedang mencari pekerjaan dan aku inginkan anak aku dijaga sendiri olehku. Setelah aku meluahkan kepada sahabatku itu, dia telah mencadangkan kepadaku bisnes online yang tidak menggunakan modal atau lebih dikenali sebagai Agen Dropship.


Dengan serta merta aku cuba menghubungi nombor yang telah diberikannya kepadaku. Alhamdulillah jawapan positif yang aku terima daripada pihak pembekal. Setelah itu, aku terus memilih barang yang akan aku promosi dan aku dapatkan senarai harga daripada pihak pembekal. Aku sangat teruja dengan layanan yang diberikan oleh pembekal kerana sungguh lembut tutur katanya walaupun kita berlainan bangsa dan agama. Pada keesokannya aku mendapat pelanggan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Hati semakin berbunga takkala melihat respon dan feedback yang diberikan oleh para pelangganku. Mereka berpuas hati dengan barang yang diterima, syukur. Dalam sibuk membuat promosi aku terbaca suatu catatan yang ditulis oleh seorang usahawan berjaya bahawa perniagaan itu bukan semata- mata kerana duit tetapi perlu diazamkan supaya suatu hari nanti sebuah empayar terhasil daripada perniagaan yang di usahakan. Teringat aku kepada almarhum dan almarhamah tok dan tokwan mereka juga orang berniaga. Walaupun perniagaan mereka secara kecil-kecilan tetapi ianya amat bermakna. Kerana nama mereka terpahat diingatan sesiapa yang pernah berurusan dengan mereka. Pernah suatu hari aku berbual dengan suamiku mengenai apa yang sedang aku usahakan. Kata beliau tak mengapa Tok Tengku Jam tak sampai lagi tu lah usahaku masih belum sampai target :) hihihi...

Setelah beberapa hari berlalu, aku bertanya khabar pula sahabat yang memang sedang mengusahakan perniagaan online mengenai kedai-kedai yang pernah beliau berurusan. Dengan senang hati dia terus memberikan nama kedai serta laman sesawang kepadaku. Syukurnya rasa. Aku mula meneliti satu persatu laman sesawang yang baru aku peroleh itu. Sangat menarik hati! Sebelum ini juga dialah orang pertama yang memperkenalkan bisnes di alam maya ini. Akan tetapi pintu rezeki aku belum terbuka. Aku juga sibuk dengan urusan-urusan peribadi sehingga tidak dapat memberi tumpuan kepada bisnes online ini. Syukur sekali lagi peluang diberikan kepadaku untuk mencuba dan berusaha. Kali ini aku nekad untuk berusaha semampu boleh. Sahabatku ini tidak pernah lekok dengan ilmu, semenjak dari zaman persekolahan beliau banyak membantuku. Beliaulah yang membalut buku-bukuku, beliaulah yang menyiapkan tugasan folio-folioku, beliaulah yang meyiapkan taman miniku. Terlalu banyak jasa dan budi beliau terhadapku, tak dapat aku ungkapkan betapa aku berterima kasih dan bersyukur kerana pernah bersahabat dengan beliau. Ketika senang kami bersama, ketika pahit juga kami bersama. Hanya Allah jualah yang mampu membalas segala jasa dan budi beliau itu.




Selepas seminggu aku beroperasi bisnes online, aku terbaca pula post dari sahabat zaman sekolah rendah mengenai jualan yang diusahakan beliau. Sudah lama aku tahu beliau berkecimpung didalam bisnes online ini tetapi aku sekadar membaca sahaja post-post yang dilakukan beliau. Aku tertarik dengan satu produk yang diusahakan beliau. Lantas aku menghantar mesej ke inbox beliau. Dengan serta merta beliau membalas. Kami juga berbual-bual mengenai kehidupan masing-masing. Aku juga menceritakan kepadanya bahawa aku sedang mengusahakan bisnes online tetapi banyak lagi ilmu yang perlu aku pelajari. Secara tidak langsung beliau menawarkan kepadaku tips-tips berbisnes online. Apa lagi dengan hati yang penuh girang aku menerima tawarannya itu. Bukan sekadar tips-tips bisnes online, aku juga diberikan percuma produk yang memang aku inginkan. Oh, bahagianya rasa pabila aku berada disamping para sahabat yang sanggup berkongsi ilmu serta mendorongku dalam dunia bisnes online ini. Aku berasa syukur dan bertuah sangat-sangat. 
 هَيْهَاتَ هَيْهَاتَ لِمَا تُوعَدُونَ 
Surah al-Mukminun, ayat 34.

Semoga dilimpahkan rezeki yang luas buatku dan para sahabat juga. Aameen Ya Rabb.



Ada yang sedang mencari ERGOBABY CARIER ini tak? Harga sekarang hanya RM95 FREE POSTAGE, S/S ADD RM5. Promosi ini sah sehingga 14.09.14 sahaja. Anda berminat?


 Hubungi saya sekarang, 

Email : wannooraini89@gmail.com
aenie_89@yahoo.com

Sms/whats app : 010-3880906
 Facebook : Wan Aenie ( https://www.facebook.com/messages/wan.aenie )




No comments:

Post a Comment