Friday 5 September 2014

Alfalfa Shaklee




ANGIN KELUAQ PUT PUT..

Hari ni aini nak kongsi tentang Alalfa.

🍃 Alfalfa ni ialah tumbuhan yang mempunyai akar 6 meter panjang. 
🍃Daunya digunakan sebagai herba 

Alfalfa ni mempunyai banyak manfaat.  

📌Antaranya ia boleh membakar lemak degil.
 📌 Boleh membuang toksin dalam badan. 
📌Boleh buang angin.
📌Boleh banyakkan susu ibu.
📌Boleh kawal paras kolestrol. 
📌Boleh digunakan dari umo remaja sehingga dewasa. 
📌 Tetapi Alfalfa shaklee berbeza dengan alfalfa di pasaran kerana ia adalah dari sumber terbaik.  
📌Sepanjang proses penanaman tiada bahan kimia. 
📌Ia dituai apabila daunya cukup matang. 
📌Selamat dan sihat.
📌 Produk ini juga lulusan KKM dan di iktiraf HALAL oleh JAKIM.  
📌Boleh digunakan tanpa was².

Aini percaya setiap penyakit ada penawar.  Alfalfa ni juga boleh diambil oleh sapa yang mempunyai 
✅Gout
✅Ingin kuruskan badan tanpa menjejaskan penghasilan susu
✅Segugut
✅Keputihan
✅Buang toksin dalam badan
✅Kawal kolestrol

Oke paling Best Sekarang Tengah Promo tau!!

Stok laku keras ~

Boleh whatss app aini dan aini akan bagi harga special nanti
010.3880906


Jumaat pertama di bulan September



Bismillah...
Assalamualaikum dan salam Jumaat.
Sukur masih lagi berpeluang menatap mukabumi, muka buku di Jumaat pertama pada bulan September ini.
Jom sama-sama amalkan Sunnah Hari Jumaat ni bersama.
Juga betulkan niat dan azamkan perkara positif.
Moga usaha yang sedikit ini akan dilipat gandakan Ilahi.
Aameen.


 

Ada tak yang sedang mencari telekung macam ni?
Mai tengok dulu :)




 Hubungi saya sekarang, 

Email : wannooraini89@gmail.com
aenie_89@yahoo.com

Sms/whats app : 010-3880906
 Facebook : Wan Aenie ( https://www.facebook.com/messages/wan.aenie 



Wednesday 3 September 2014

Sahabat & Dropship

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi.
Setelah beberapa hari aku mencuba dan mencuba sesuatu yang tidak pernah dijangka telah berlaku. Semuanya bermula apabila aku bertanya khabar kawan sekolah menengah yang sudah lama kami tidak bersua. Ketika dizaman persekolahan dulu kami duduk bersebelahan di dalam kelas. Setelah selesai zaman persekolahan masing-masing membawa diri mengejar impian demi impian. Akan tetapi pada zaman yang serba canggih ini, tali persahabatan yang dulunya putus bersambung semula melalui alam maya. Itulah faedah yang aku kira sangat bernilai teknologi masa kini jika kita bijak memanfaatkannya.  
Kami bertukar-tukar cerita mengenai kehidupan yang sedang dilalui. Seperti yang pernah aku katakan sebelum ini, aku seorang suri rumah sepenuh masa yang sedang mencari pekerjaan dan aku inginkan anak aku dijaga sendiri olehku. Setelah aku meluahkan kepada sahabatku itu, dia telah mencadangkan kepadaku bisnes online yang tidak menggunakan modal atau lebih dikenali sebagai Agen Dropship.


Dengan serta merta aku cuba menghubungi nombor yang telah diberikannya kepadaku. Alhamdulillah jawapan positif yang aku terima daripada pihak pembekal. Setelah itu, aku terus memilih barang yang akan aku promosi dan aku dapatkan senarai harga daripada pihak pembekal. Aku sangat teruja dengan layanan yang diberikan oleh pembekal kerana sungguh lembut tutur katanya walaupun kita berlainan bangsa dan agama. Pada keesokannya aku mendapat pelanggan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Hati semakin berbunga takkala melihat respon dan feedback yang diberikan oleh para pelangganku. Mereka berpuas hati dengan barang yang diterima, syukur. Dalam sibuk membuat promosi aku terbaca suatu catatan yang ditulis oleh seorang usahawan berjaya bahawa perniagaan itu bukan semata- mata kerana duit tetapi perlu diazamkan supaya suatu hari nanti sebuah empayar terhasil daripada perniagaan yang di usahakan. Teringat aku kepada almarhum dan almarhamah tok dan tokwan mereka juga orang berniaga. Walaupun perniagaan mereka secara kecil-kecilan tetapi ianya amat bermakna. Kerana nama mereka terpahat diingatan sesiapa yang pernah berurusan dengan mereka. Pernah suatu hari aku berbual dengan suamiku mengenai apa yang sedang aku usahakan. Kata beliau tak mengapa Tok Tengku Jam tak sampai lagi tu lah usahaku masih belum sampai target :) hihihi...

Setelah beberapa hari berlalu, aku bertanya khabar pula sahabat yang memang sedang mengusahakan perniagaan online mengenai kedai-kedai yang pernah beliau berurusan. Dengan senang hati dia terus memberikan nama kedai serta laman sesawang kepadaku. Syukurnya rasa. Aku mula meneliti satu persatu laman sesawang yang baru aku peroleh itu. Sangat menarik hati! Sebelum ini juga dialah orang pertama yang memperkenalkan bisnes di alam maya ini. Akan tetapi pintu rezeki aku belum terbuka. Aku juga sibuk dengan urusan-urusan peribadi sehingga tidak dapat memberi tumpuan kepada bisnes online ini. Syukur sekali lagi peluang diberikan kepadaku untuk mencuba dan berusaha. Kali ini aku nekad untuk berusaha semampu boleh. Sahabatku ini tidak pernah lekok dengan ilmu, semenjak dari zaman persekolahan beliau banyak membantuku. Beliaulah yang membalut buku-bukuku, beliaulah yang menyiapkan tugasan folio-folioku, beliaulah yang meyiapkan taman miniku. Terlalu banyak jasa dan budi beliau terhadapku, tak dapat aku ungkapkan betapa aku berterima kasih dan bersyukur kerana pernah bersahabat dengan beliau. Ketika senang kami bersama, ketika pahit juga kami bersama. Hanya Allah jualah yang mampu membalas segala jasa dan budi beliau itu.




Selepas seminggu aku beroperasi bisnes online, aku terbaca pula post dari sahabat zaman sekolah rendah mengenai jualan yang diusahakan beliau. Sudah lama aku tahu beliau berkecimpung didalam bisnes online ini tetapi aku sekadar membaca sahaja post-post yang dilakukan beliau. Aku tertarik dengan satu produk yang diusahakan beliau. Lantas aku menghantar mesej ke inbox beliau. Dengan serta merta beliau membalas. Kami juga berbual-bual mengenai kehidupan masing-masing. Aku juga menceritakan kepadanya bahawa aku sedang mengusahakan bisnes online tetapi banyak lagi ilmu yang perlu aku pelajari. Secara tidak langsung beliau menawarkan kepadaku tips-tips berbisnes online. Apa lagi dengan hati yang penuh girang aku menerima tawarannya itu. Bukan sekadar tips-tips bisnes online, aku juga diberikan percuma produk yang memang aku inginkan. Oh, bahagianya rasa pabila aku berada disamping para sahabat yang sanggup berkongsi ilmu serta mendorongku dalam dunia bisnes online ini. Aku berasa syukur dan bertuah sangat-sangat. 
 هَيْهَاتَ هَيْهَاتَ لِمَا تُوعَدُونَ 
Surah al-Mukminun, ayat 34.

Semoga dilimpahkan rezeki yang luas buatku dan para sahabat juga. Aameen Ya Rabb.



Ada yang sedang mencari ERGOBABY CARIER ini tak? Harga sekarang hanya RM95 FREE POSTAGE, S/S ADD RM5. Promosi ini sah sehingga 14.09.14 sahaja. Anda berminat?


 Hubungi saya sekarang, 

Email : wannooraini89@gmail.com
aenie_89@yahoo.com

Sms/whats app : 010-3880906
 Facebook : Wan Aenie ( https://www.facebook.com/messages/wan.aenie )




Thursday 28 August 2014

Jumaat terakhir Ogos 2014





Bismillah. Assalamualaikum & selamat pagi semua.
Hari ini hari Jumaat terakhir bagi bulan Ogos dan Jumaat pertama bagi bulan Zulkaedah.
Jom senaraikan segala perkara penting yang perlu dilakukan sepanjang hari ini.
Jangan lupa dimulakan dengan niat yang baik & betul 
Bagi sesiapa yang sedang mencari DIY CUBE, ROCKER FISHER, HARNESS BUDDY & CASTLE TENT PLAY HOUSE jemput singgah di Ummi dan Baby ya.
Kita bagi harga istmewa utk kenalan-kenalan semua :)


DIY 16 CUBE WITH SHOE RACK RM240 FREE POSTAGE
DIY CUBE 16 RM230 FREE POSTAGE

ROCKER FISHER GREEN NOW ONLY RM150 FREE POSTAGE


ROCKER FISHER BLUE RM 150 POSTAGE RM15, S/S ADD RM20


ROCKER FISHER PINK RM160, POSTAGE ADD RM15, S/S RM20


ROCKER FISHER BLUE RM160, POSTAGE ADD RM15, S/S RM20.



CASTEL TENT PLAY HOUSE 
BLUE & PINK COLOUR
RM60 FREE POSTAGE




HARNESS BUDDY 2 IN 1
RM45 FREE POSTAGE

                                                                         Hubungi saya sekarang, 

Email : wannooraini89@gmail.com
aenie_89@yahoo.com

Sms/whats app : 010-3880906
 Facebook : Wan Aenie ( https://www.facebook.com/messages/wan.aenie )

Wednesday 27 August 2014

27 OGOS 2014



Bismillah...
Selamat pagi semua..
Apa khabar?
Syukur ya, apabila buka mata kita masih lagi bersama orang-orang tersayang.
Tapi tiba2 hati ini teringat kepada al-marhamah tok Tengku Jam Tengku Mohamad.
Ingatan yang Allah berikan kepadanya sangat hebat.
Apabila orang sebut saja doa @ ayat2 al-Quran dia pasti dapat mengingati dengan baik.Saya sangat kagum dengan kelebihan yang ada pada dia.
Bagi kedua-dua arwah tok Salmiah & tokwan Dali pula mereka sentiasa mengamalkan kesederhanaan.
Mereka semua merupakan inspirasi bagiku.

اللهم اغفر لهم وارحمهم , وعافهم واعف عنهم

Jom mulakan hari ini dengan niat yang baik dan betul.

Ada para ibu atau bapa yang sedang mencari DIY Cube Wardrobe? Kini terdapat beberapa jenis Cube.


9 CUBE : RM 145 FREE POSTAGE

*SPONGEBOB (SOFT BLUE)
*SPONGEBOB (SOFT PINK)
*ZOO (SOFT GREEN)
*ZOO (SOFT PINK)

12 CUBE :RM190 FREE POSTAGE
*SPONGEBOB (SOFT BLUE)
*SPONGEBOB (SOFT PINK)
*ZOO (SOFT GREEN)
*ZOO (SOFT PINK)

16 CUBE :RM230 FREE POSTAGE
*SPONGEBOB (SOFT BLUE)
*SPONGEBOB (SOFT PINK)
*ZOO (SOFT GREEN)
*ZOO (SOFT PINK)




--->16 CUBE RM230 FREE POSTAGE 
--->16 CUBE + SHOES RACK RM240 FREE POSTAGE

*GREEN
*PURPLE
*SOFT BLUE
*BLACK

 Hubungi saya sekarang, 

Email : wannooraini89@gmail.com

Sms/whats app : 010-3880906
 Facebook : Wan Aenie ( https://www.facebook.com/messages/wan.aenie )

Monday 25 August 2014

MERDEKA



Bismillah...
Alhamdulillah syukur pada hari ini bertarikh 25 Ogos 2014 bersamaan 29 Syawal 1435H aku masih lagi bersama-sama keluarga tersayang. 
Negara kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos nanti.
Dalam sibuk membuat iklan online serta kerja-kerja rumah baru aku perasan apabila melihat di kaca televisyen bahawa tahun ini merupakan tahun ke 57 kita Merdeka. Terus hati ini terkenangkan mak abah yang berada di kampung. Sesungguhnya hati ini merasa sayu...
Kerana hari lahir mak jatuh pada 1 September. Mak lahir pada tahun 1956, setahun sebelum negara kita Merdeka. Jarak umur antara mak dan abah pula ialah 4 tahun. Tarikh lahir abah pula pada 27 Jun 1952. Antara kaitannya hari Merdeka ke 57 dengan kesayuan yang bersarang di hati ialah umur mak dan abah. Semakin lama kita menyambut hari kemerdekaan semakin banyak umur mereka. 
Sejak dari alam persekolahan lagi, aku telah memasang azam untuk merbalas jasa mereka. Akan tetapi aku tidak mampu lagi memberi mereka wang @ menjaga mereka kerana aku sendiri masih lagi terlalu mentah. Apa yang boleh aku lakukan ialah membuat hati mereka gembira. Antaranya aku berusaha sebaik mungkin dalam pelajaran kerana aku ingin menghadiahkan kejayaan aku kepada mereka. Alhamdulillah, aku dapat capai hajat itu. Ketika zaman persekolahan lagi setiap kali Hari Kecemerlanagan yang diadakan di sekolah pasti akan ada namaku. Pernah juga aku naik kepentas untuk mengambil hadiah lebih daripada 3 kali.Terukir senyuman di wajah mak abah dengan pencapaianku ini.

Selepas tamatnya SPM, aku bertekad tak nak lagi sambung belajar dalam bidang yang menggunakan Bahasa Arab. Tetapi itu hanyalah angan-angan sahaja. Ketika aku menunggu keputusan SPM aku telah di hantar oleh abah sendiri ke Sekolah Memandu. Untuk makluman, pada tingkatan 4 aku telah mengambil lesen motorsikal tetapi sekadar lesen L sahaja. Sampailah tamat persekolahan barulah aku mendapat lesen P motorsikal serta kereta...



Okey, aku ingat lepas selesai bab lesen aku bolehlah berehat. Sekali lagi aku dihantar oleh abah ke pusat pembelajaran komputer untuk belajar asas-asas Microsft. Dapat juga aku tamatkan, Alhamdulillah... 
Sambil-sambil aku mengambil sijil asas Microsoft, abah juga menghantarku untuk belajar memasak. 
Pada suatu Jumaat, pulangnya abah dari solat Jumaat dia menceritakan bahawa terdapat iklan pengambilan pelajar baru untuk Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sedang di buka. 
Huh, apa yang aku angankan nampaknya terpaksa diketepikan...
Mak dan abah menghantar saya untuk berdaftar di Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis atau lebih dikenali sebagai Iptips.

Ketika itu, hati kecilku berbisik bahawa setelah keputusan SPM keluar pasti aku tidak perlu meneruskan pengajianku ini lagi. Benarlah firman Allah Ta'ala dalam ayat ke 54 surah Aali 'Imran : 
وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
Mafhum daripada ayat ini : Sebaik-baik perancangan ialah perancangan Allah.
Kesemua permohonanku  untuk sambung pengajian yang menggunakan keputusan SPM gagal!


Kata mak, tak mengapa STAM kan ada. Terus aku berubah 360 darjah dengan memfokuskan kepada STAM pula. Akhirnya keputusan yang ditunggu setelah usaha yang aku lakukan melayakkan aku untuk sambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Usuluddin. Ketika ini aku hanya memiliki sijil STAM sahaja manakala sijil Muet aku tiada. Oleh yang demikian hanya IPTS yang layak aku mohon. Sepanjang 3 tahun aku belajar, 3 semester aku berjaya mendapat Anugerah Dekan. Syukur kepada Yang Esa. Aku berjaya menghadiahkan kejayaanku kepada mak dan abah...
Ketika ditahun akhir ada beberapa kali mak menyebut bahawa salah seorang abangku telah berbual dengannya mengenai Sarjana Hadith di USM. Aku dapat mengagak mereka inginkan aku menyambung pelajaran sehingga Sarjana. Bermula saat itu, aku telah menyuarakan hasrat hati aku kepada kawan-kawan apabila kami bersembang mengenai apa yang akan dilakukan setelah tamat belajar nanti...

Akhirnya, pada April yang lalu segulung sijil Ijazah Sarjana Hadith dapat aku genggam. Tiada kata dapat aku ungkapkan melainkan syukur yang  tidak terhingga kepada Yang Berkuasa. Dengan izin-Nya aku dapat menamatkan pengajianku dengan baik walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu aku lalui...Syukur Alhamdulillah...
Hanya itu aku mampu hadiahakan buat mereka. Masih lagi tidak dapat membalas segala jasa yang telah mereka berikan kepadaku...Setiap kali berdoa aku memohon agar dapat mengembirakan mereka tak kira dengan cara apa sekalipun. Aku berharap suatu hari nanti aku dapat menjaga mereka sendiri apabila mereka memerlukan kudratku ini.


رَبِّ اغْفِرْ لِيَّ وَلِوَالِدَيَّ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا


Akhir kata, selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 57 Malaysiaku , Tanah Airku!



Saturday 23 August 2014

Harness Buddy

Takut anak anda hilang ketika bersama orang ramai? Jangan risau, saya ada penyelesaiannya. Kini terdapat suatu bag pack yang boleh dijadikan sebagai tali keselamatan si comel anda. Di negara asing mereka sudah menggunakan tali keselamatan ini sudah lama tetapi di negara kita adalah suatu perkara baru. Terdapat beberapa rekaan yang menarik antaranya:
  • Mickey Mouse
  • Minnie Mouse
  • Pooh
  • Tiger 
  • Sesame Street
  • Bear


Keterangan bagi Harness Buddy ini seperti berikut:

2 in 1 Harness Buddy

Ideal for children and kids over 18 months. Goldbug's FUN 2 in 1 BACK PACK is a crowd please for parents and toddlers alike! The FUN BACKPACK with safety rein by Goldbug is a cute way to keep kids safe in public places, functioning both as a harness and backpack.

The child-friendly harness keeps your precious child close when you need it most. The safety strap adjusts as your child grows. The buckle allows easy on-off access while the connection strap remains securely attached. The long, 5-foot tail allows your little adventurer to move about while still under parents' control.

* ideal for the outdoors and public places
* for use as a backpack or harness
* includes fun pouch for toys
* adjustable straps
* convenient safety buckles
* safety reign with secure clip attachment
* easy to put on! Fun to wear!
* machine Washable
* made of 100% polyester
* 18 months +
* animal fun for kids on the run!

Jam Tangan Shark




Anda inginkan jam tangan berjenama dan berkualiti pada harga mampu milik? Saya ada jawapannya. Jam tangan Shark sangat sesuai dipakai serta boleh dijadikan sebagai hadiah kepada orang tersayang. Harga jam ini bermula dari RM135 sehingga RM360. Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya 010-3880906


Friday 22 August 2014

MH17


Bismillah
Alhamdulillah
Semalam di hari Jumaat
Hari yang penuh barakah
Telah selamat tiba jenazah-jenazah MH17
Semoga roh-roh mereka dicucuri Rahmat serta di tempatkan bersama para soleh & solehah
Buat kita yang masih hidup pula
Semoga segala amal,usaha dan rezeki yang kita peroleh akan di berkati Ilahi
Allahummaghfirlahum warhamhum wa'fiihim wa'fu'anhum


Saturday 16 August 2014

Bisnes on9

Selepas tamatkan pengajian saya hanya sempat berehat lebih kurang 1 bulan setengah saja... Pada ketika itu saya terfikir kerja apa yang sesuai dengan saya yang tengah sarat mengandung... Adakah majikan yang akan menggajikan saya Ada seorang sahabat perkenalkan bisnes online , alhamdulillah Rezeki Allah ada di mana-mana sahaja Kurang dari sebulan saya di temukan pula dengan sebuah Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) syukur sekali lagi saya mencuba. Antara hasil yang dapat saya lakukan setakat ini ialah blog ini.




Nampak simple dan mudah saja buat blog tapi perlu berguru juga. Apa pun semoga selepas ini saya dapat meluaskan lagi bisnes online saya, Allahumma aameen, aameen...

Tuesday 15 July 2014

Ramadhan Kareem



Hari ini ummat Islam telah pun menunaikan separuh daripada Rukun Iman yang ketiga iaitu " berpuasa di bulan Ramadhan ". Ini bermakna Ramadhan bakal meninggalkan kita tidak lama lagi. Persoalannya sekarang bagaimanakah kita melalui dan menghayati bulan Ramadhan pada tahun ini? Adakah ianya lebih baik daripada tahun sebelum ini atau sebaliknya?


Syawal pula akan menjelma bagi menggantikan Ramadhan. Bagi sesiapa yang masih tercari-cari persiapan di pagi raya bolehlah menghubungi saya untuk mendapatkan pelbagai telekung solat dewasa dan kanak-kanak .


Monday 7 July 2014

Catatan Harian :: Biskut Raya Samperit


Entri kali ini mengenai biskut raya. Al-maklumlah di negara kita biskut raya sinonim dengan juadah pada hari raya. Ok berbalik kepada tajuk diatas, saya akan memberikan resepi biskut samperit serta rahsia yang diwarisi daripada mak saya cara-cara untuk merangupkan biskut ini. Ramai juga yang mintak resepi daripada mak saya tetapi bila mereka buat rasanaya tidak sama seperti yang dibuat oleh mak. Jadi disini saya ingin berkongsi rahsia yang digunakan mak untuk membuat biskut ini.

Resepinya seperti berikut :

250g Butter Cup
1cwn Gula Halus
2cwn Tepung Jagung
2sudu Tepung Kastard
1 1/2cwn Tepung Gandum
2biji Merah Telur
1sudu Esen Vanilla
Ceri Merah Secukup Rasa :)

Cara-Caranya 

1. Pukul mentega bersama gula sehingga sebati.
2.Masukkan merah telur dan kacau sehingga sebati kemudian masukkan esen vanila.
3.Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung sedikit demi sedikit. 
4.Setelah adunan sebati, masukkan adunan didalam acuan dan bentukkan.
5.Hiaskan dengan ceri merah @ boleh juga letakkan gula-gula manik ( mengikut kesukaan anda ).
6.Masak dalam ketuhar dengan menggunakan suhu 180C selama 15-20 minit.
---> Jika adunan masih lagi lembut, tambahkan tepung jagung dan tepung kastard. Elakkan dari menambah tepung gandum kerana adunan akan menjadi keras dan biskut tidak akan rangup jika tepung gandum terlalu banyak.

Selamat Mencuba ;)


Sunday 6 July 2014

Catatan Harian :: Ramadhan Pertama

Bismillah... Alhamdulillah syukur hari ini hari ke lapan ummat Islam berpuasa. Ramadhan ini merupakan Ramadhan pertama buat kami sekeluarga. Ramadhan kali ini sangat bermakna buat aku dan suami, tambahan pula dengan kehadiran putera pertama Anas Al-Zuhry. Jika sebelum ini setiap kali Ramadhan menjelma, musim peperiksaan juga turut serta tetapi Ramadhan kali ini sangat istimewa. Tak kan luput dari ingatan segala kenangan sepanjang Ramadhan pertama ini.

Monday 23 June 2014

Catatan Harian :: Ahlan Ya Ramadhan Kareem




Kurang dari seminggu lagi ummat Islam akan menyambut bulan yang penuh barakah, iaitu bulan Ramadhan.
Pada bulan tersebut berbagai-bagai keistimewaan ada. Bagi kanak-kanak mestilah persiapan raya menjadi agenda utama. Bagi orang yang suka makan-makan, tentulah bazar Ramadhan menjadi list wajib manakala bagi orang yang ingin menambah amalan sudah pasti segala ibadah akan diutamakan pada bulan tersebut. Segala amal pada bulan Ramadhan akan digandakan. Kemanisan Ramadhan dapat dirasai setiap orang akan tetapi kemanisan tersebut dirasai berbeza-beza mengikut niat dan amalan diri sendiri. Jika seseorang itu berniat dan fokuskan kepada amal ibadat sepanjang Ramadhan, maka beliau akan dapat merasai kemanisan itu dan akan merasa sedih apabila sampai di penghujung Ramadhan nanti. Bagaimana pula kita? Tepuklah dada tanyalah minda, dimanakah kita berada?

Thursday 19 June 2014

RUNCIT :COTTON SULAM GOLD & WHITE

Telekung Cotton Sulam Gold & White

 Mana satu menjadi pilihan anda? Saya merupakan pembekal Telekung Cotton Sulam Gold & White.




CIRI-CIRI ISTIMEWA : 


*Very Exclusive

*Kain cotton gred A berkualititinggi 

*Kain sangat ringan dan lembut.


Berikut merupakan contoh sulam yang terdapat pada telekung tersebut.

 TELEKUNG COTTON SULAM GOLD







TELEKUNG COTTON SULAM WHITE







Berminat untuk membeli stok ini boleh emel, sms/whats app saya : 
Email :wannooraini89@gmail.com

Sms/whats app : 010-3880906
 Facebook : Wan Aenie  ( https://www.facebook.com/messages/wan.aenie)

Monday 16 June 2014

SYARAT DAN TERMA

1) Hanya pembeli yang serius sahaja. Pembelian adalah muktamad.
2)Penghantaran hanya selepas pembayaran dilakukan oleh anda dan diterima oleh pihak kami.
3) Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan barangan semasa proses penghantaran/ pos.

Cara Pembayaran:
1) Pembayaran boleh dibuat ke akaun BSN atau BANK ISLAM
2) Sila maklumkan pembayaran (bukti pembayaran) selepas pembayaran dilakukan seperti arahan diberikan semasa order dilakukan.BUKTI TRANSAKSI PEMBAYARAN MESTILAH DIEMELKAN KEPADA : wannooraini89@gamil.com
3) Anda boleh lakukan transaksi secara deposit mesin, transfer mahupun maybank2u

Thursday 24 April 2014

PELUANG BISNES BULAN RAMADHAN

Kami adalah pemborong dan peruncit TELEKUNG SOLAT.

Antara telekung solat yang kami tawarkan ialah  :
 -Telekung Solat Vietnam
 -Telekung Solat Indonesia
 -Telekung Solat Sulam
 -Telekung Solat Kanak-Kanak.

Alhamdulillah, kita berada pada bulan-bulan terakhir menghampiri Ramadhan yang penuh berkat. Berdasarkan pengalaman dan pertanyaan demi pertanyaan melalui blog ini, sekarang ramai peniaga-peniaga mula tercari-cari produk "hot" sepanjang Ramadhan.
Telekung solat salah satunya. Maka dengan besar hati kami mencari mereka yang fokus dan berkomitmen untuk merebut peluang ini.
Kelas membina blog & fanpage borong khusus bagi kalian yang mahu belajar. Hanya terhad 30 pendaftaran sahaja!

Kita fokuskan pada jualan borong Telekung Solat sahaja.
-Telekung Solat Vietnam
-Telekung Solat Indonesia
-Telekung Solat Sulam
-Telekung Solat Kanak-Kanak.

Apa yang kalian bakal dapat? InsyaAllah,

Ilmu membina blog & fanpage niaga
Blog yang menepati minat pembeli
Bersama dalam satu fanpage group dengan barisan guru-guru online Akademi Bekerja Di Rumah - yang berpengalaman dalam bisnes online.
Produk telekung pelbagai jenis yang sedia ada stoknya.

Tuesday 22 April 2014

Borong Telekung Solat - Telekung Vietnam

Telekung solat Vietnam memang sudah popular dan tidak perlu diperkenalkan lagi. Kehalusan sulamannya dan kainnya yang berat jatuh terletak. Tidak melekap hingga menampakkan bentuk tubuh. 



  • Selesa dan tidak panas. InsyaAllah

  • Sulam biasa (tidak tebal)

  • Bahagian muka yang free saiz tidak memerlukan anak telekung.
  • Bahagian pinggang kain sarung bergetah dan bertali memudahkan anda memakainya. 
  • Sesuai dijadikan telekung untuk hantaran bertunang atau hantaran kahwin.










Berminat untuk memborong stok ini boleh emel, sms/whatapp saya :
  Hubungi saya sekarang,

Email : wannooraini89@gmail.com

Sms/whats app : 010-3880906
 Facebook : Wan Aenie ( https://www.facebook.com/messages/wan.aenie )