Tuesday 15 July 2014

Ramadhan Kareem



Hari ini ummat Islam telah pun menunaikan separuh daripada Rukun Iman yang ketiga iaitu " berpuasa di bulan Ramadhan ". Ini bermakna Ramadhan bakal meninggalkan kita tidak lama lagi. Persoalannya sekarang bagaimanakah kita melalui dan menghayati bulan Ramadhan pada tahun ini? Adakah ianya lebih baik daripada tahun sebelum ini atau sebaliknya?


Syawal pula akan menjelma bagi menggantikan Ramadhan. Bagi sesiapa yang masih tercari-cari persiapan di pagi raya bolehlah menghubungi saya untuk mendapatkan pelbagai telekung solat dewasa dan kanak-kanak .


Monday 7 July 2014

Catatan Harian :: Biskut Raya Samperit


Entri kali ini mengenai biskut raya. Al-maklumlah di negara kita biskut raya sinonim dengan juadah pada hari raya. Ok berbalik kepada tajuk diatas, saya akan memberikan resepi biskut samperit serta rahsia yang diwarisi daripada mak saya cara-cara untuk merangupkan biskut ini. Ramai juga yang mintak resepi daripada mak saya tetapi bila mereka buat rasanaya tidak sama seperti yang dibuat oleh mak. Jadi disini saya ingin berkongsi rahsia yang digunakan mak untuk membuat biskut ini.

Resepinya seperti berikut :

250g Butter Cup
1cwn Gula Halus
2cwn Tepung Jagung
2sudu Tepung Kastard
1 1/2cwn Tepung Gandum
2biji Merah Telur
1sudu Esen Vanilla
Ceri Merah Secukup Rasa :)

Cara-Caranya 

1. Pukul mentega bersama gula sehingga sebati.
2.Masukkan merah telur dan kacau sehingga sebati kemudian masukkan esen vanila.
3.Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung sedikit demi sedikit. 
4.Setelah adunan sebati, masukkan adunan didalam acuan dan bentukkan.
5.Hiaskan dengan ceri merah @ boleh juga letakkan gula-gula manik ( mengikut kesukaan anda ).
6.Masak dalam ketuhar dengan menggunakan suhu 180C selama 15-20 minit.
---> Jika adunan masih lagi lembut, tambahkan tepung jagung dan tepung kastard. Elakkan dari menambah tepung gandum kerana adunan akan menjadi keras dan biskut tidak akan rangup jika tepung gandum terlalu banyak.

Selamat Mencuba ;)


Sunday 6 July 2014

Catatan Harian :: Ramadhan Pertama

Bismillah... Alhamdulillah syukur hari ini hari ke lapan ummat Islam berpuasa. Ramadhan ini merupakan Ramadhan pertama buat kami sekeluarga. Ramadhan kali ini sangat bermakna buat aku dan suami, tambahan pula dengan kehadiran putera pertama Anas Al-Zuhry. Jika sebelum ini setiap kali Ramadhan menjelma, musim peperiksaan juga turut serta tetapi Ramadhan kali ini sangat istimewa. Tak kan luput dari ingatan segala kenangan sepanjang Ramadhan pertama ini.