Monday 25 August 2014

MERDEKA



Bismillah...
Alhamdulillah syukur pada hari ini bertarikh 25 Ogos 2014 bersamaan 29 Syawal 1435H aku masih lagi bersama-sama keluarga tersayang. 
Negara kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos nanti.
Dalam sibuk membuat iklan online serta kerja-kerja rumah baru aku perasan apabila melihat di kaca televisyen bahawa tahun ini merupakan tahun ke 57 kita Merdeka. Terus hati ini terkenangkan mak abah yang berada di kampung. Sesungguhnya hati ini merasa sayu...
Kerana hari lahir mak jatuh pada 1 September. Mak lahir pada tahun 1956, setahun sebelum negara kita Merdeka. Jarak umur antara mak dan abah pula ialah 4 tahun. Tarikh lahir abah pula pada 27 Jun 1952. Antara kaitannya hari Merdeka ke 57 dengan kesayuan yang bersarang di hati ialah umur mak dan abah. Semakin lama kita menyambut hari kemerdekaan semakin banyak umur mereka. 
Sejak dari alam persekolahan lagi, aku telah memasang azam untuk merbalas jasa mereka. Akan tetapi aku tidak mampu lagi memberi mereka wang @ menjaga mereka kerana aku sendiri masih lagi terlalu mentah. Apa yang boleh aku lakukan ialah membuat hati mereka gembira. Antaranya aku berusaha sebaik mungkin dalam pelajaran kerana aku ingin menghadiahkan kejayaan aku kepada mereka. Alhamdulillah, aku dapat capai hajat itu. Ketika zaman persekolahan lagi setiap kali Hari Kecemerlanagan yang diadakan di sekolah pasti akan ada namaku. Pernah juga aku naik kepentas untuk mengambil hadiah lebih daripada 3 kali.Terukir senyuman di wajah mak abah dengan pencapaianku ini.

Selepas tamatnya SPM, aku bertekad tak nak lagi sambung belajar dalam bidang yang menggunakan Bahasa Arab. Tetapi itu hanyalah angan-angan sahaja. Ketika aku menunggu keputusan SPM aku telah di hantar oleh abah sendiri ke Sekolah Memandu. Untuk makluman, pada tingkatan 4 aku telah mengambil lesen motorsikal tetapi sekadar lesen L sahaja. Sampailah tamat persekolahan barulah aku mendapat lesen P motorsikal serta kereta...



Okey, aku ingat lepas selesai bab lesen aku bolehlah berehat. Sekali lagi aku dihantar oleh abah ke pusat pembelajaran komputer untuk belajar asas-asas Microsft. Dapat juga aku tamatkan, Alhamdulillah... 
Sambil-sambil aku mengambil sijil asas Microsoft, abah juga menghantarku untuk belajar memasak. 
Pada suatu Jumaat, pulangnya abah dari solat Jumaat dia menceritakan bahawa terdapat iklan pengambilan pelajar baru untuk Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sedang di buka. 
Huh, apa yang aku angankan nampaknya terpaksa diketepikan...
Mak dan abah menghantar saya untuk berdaftar di Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis atau lebih dikenali sebagai Iptips.

Ketika itu, hati kecilku berbisik bahawa setelah keputusan SPM keluar pasti aku tidak perlu meneruskan pengajianku ini lagi. Benarlah firman Allah Ta'ala dalam ayat ke 54 surah Aali 'Imran : 
وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
Mafhum daripada ayat ini : Sebaik-baik perancangan ialah perancangan Allah.
Kesemua permohonanku  untuk sambung pengajian yang menggunakan keputusan SPM gagal!


Kata mak, tak mengapa STAM kan ada. Terus aku berubah 360 darjah dengan memfokuskan kepada STAM pula. Akhirnya keputusan yang ditunggu setelah usaha yang aku lakukan melayakkan aku untuk sambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Usuluddin. Ketika ini aku hanya memiliki sijil STAM sahaja manakala sijil Muet aku tiada. Oleh yang demikian hanya IPTS yang layak aku mohon. Sepanjang 3 tahun aku belajar, 3 semester aku berjaya mendapat Anugerah Dekan. Syukur kepada Yang Esa. Aku berjaya menghadiahkan kejayaanku kepada mak dan abah...
Ketika ditahun akhir ada beberapa kali mak menyebut bahawa salah seorang abangku telah berbual dengannya mengenai Sarjana Hadith di USM. Aku dapat mengagak mereka inginkan aku menyambung pelajaran sehingga Sarjana. Bermula saat itu, aku telah menyuarakan hasrat hati aku kepada kawan-kawan apabila kami bersembang mengenai apa yang akan dilakukan setelah tamat belajar nanti...

Akhirnya, pada April yang lalu segulung sijil Ijazah Sarjana Hadith dapat aku genggam. Tiada kata dapat aku ungkapkan melainkan syukur yang  tidak terhingga kepada Yang Berkuasa. Dengan izin-Nya aku dapat menamatkan pengajianku dengan baik walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu aku lalui...Syukur Alhamdulillah...
Hanya itu aku mampu hadiahakan buat mereka. Masih lagi tidak dapat membalas segala jasa yang telah mereka berikan kepadaku...Setiap kali berdoa aku memohon agar dapat mengembirakan mereka tak kira dengan cara apa sekalipun. Aku berharap suatu hari nanti aku dapat menjaga mereka sendiri apabila mereka memerlukan kudratku ini.


رَبِّ اغْفِرْ لِيَّ وَلِوَالِدَيَّ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا


Akhir kata, selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 57 Malaysiaku , Tanah Airku!



1 comment: