Monday 23 June 2014

Catatan Harian :: Ahlan Ya Ramadhan Kareem




Kurang dari seminggu lagi ummat Islam akan menyambut bulan yang penuh barakah, iaitu bulan Ramadhan.
Pada bulan tersebut berbagai-bagai keistimewaan ada. Bagi kanak-kanak mestilah persiapan raya menjadi agenda utama. Bagi orang yang suka makan-makan, tentulah bazar Ramadhan menjadi list wajib manakala bagi orang yang ingin menambah amalan sudah pasti segala ibadah akan diutamakan pada bulan tersebut. Segala amal pada bulan Ramadhan akan digandakan. Kemanisan Ramadhan dapat dirasai setiap orang akan tetapi kemanisan tersebut dirasai berbeza-beza mengikut niat dan amalan diri sendiri. Jika seseorang itu berniat dan fokuskan kepada amal ibadat sepanjang Ramadhan, maka beliau akan dapat merasai kemanisan itu dan akan merasa sedih apabila sampai di penghujung Ramadhan nanti. Bagaimana pula kita? Tepuklah dada tanyalah minda, dimanakah kita berada?

No comments:

Post a Comment