Tuesday 22 April 2014

PENGENALAN DIRI

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah syukur pada hari ini masih lagi diberi peluang bernafas di muka bumi ini.
Nama asal saya ialah Wan Nooraini Binti Wan Pe.
Anak bongsu daripada lima adik beradik dan satu-satunya anak perempuan didalam keluarga saya dan kerana hal tersebut saya juga berasa sangat bertuah dilahirkan dalam keluarga ini.
Alhamdulillah diatas kurniaan Ilahi kepada saya.
Saya juga merupakan graduan daripada USM dalam Ijazah Sarjana Hadith. Sebelum saya menamatkan pengajian pernah juga saya bekerja sambilan pada cuti semester. Antaranya ialah sebagai guru ganti tidak terlatih dan guru ganti KAFA. Hobi saya pada masa terluang ialah membaca buku-buku ilmiah. Saya juga bakal menjadi seorang " ummi " insya Allah dalam masa yang terdekat ini. Oleh itu, impian saya ialah dapat menjaga dan mendidik sendiri anak yang bakal dilahirkan ini dengan bekerja di rumah.

------> sekian dulu entri kali ini <------

No comments:

Post a Comment