Thursday 28 August 2014

Jumaat terakhir Ogos 2014





Bismillah. Assalamualaikum & selamat pagi semua.
Hari ini hari Jumaat terakhir bagi bulan Ogos dan Jumaat pertama bagi bulan Zulkaedah.
Jom senaraikan segala perkara penting yang perlu dilakukan sepanjang hari ini.
Jangan lupa dimulakan dengan niat yang baik & betul 
Bagi sesiapa yang sedang mencari DIY CUBE, ROCKER FISHER, HARNESS BUDDY & CASTLE TENT PLAY HOUSE jemput singgah di Ummi dan Baby ya.
Kita bagi harga istmewa utk kenalan-kenalan semua :)


DIY 16 CUBE WITH SHOE RACK RM240 FREE POSTAGE
DIY CUBE 16 RM230 FREE POSTAGE

ROCKER FISHER GREEN NOW ONLY RM150 FREE POSTAGE


ROCKER FISHER BLUE RM 150 POSTAGE RM15, S/S ADD RM20


ROCKER FISHER PINK RM160, POSTAGE ADD RM15, S/S RM20


ROCKER FISHER BLUE RM160, POSTAGE ADD RM15, S/S RM20.



CASTEL TENT PLAY HOUSE 
BLUE & PINK COLOUR
RM60 FREE POSTAGE




HARNESS BUDDY 2 IN 1
RM45 FREE POSTAGE

                                                                         Hubungi saya sekarang, 

Email : wannooraini89@gmail.com
aenie_89@yahoo.com

Sms/whats app : 010-3880906
 Facebook : Wan Aenie ( https://www.facebook.com/messages/wan.aenie )

Wednesday 27 August 2014

27 OGOS 2014



Bismillah...
Selamat pagi semua..
Apa khabar?
Syukur ya, apabila buka mata kita masih lagi bersama orang-orang tersayang.
Tapi tiba2 hati ini teringat kepada al-marhamah tok Tengku Jam Tengku Mohamad.
Ingatan yang Allah berikan kepadanya sangat hebat.
Apabila orang sebut saja doa @ ayat2 al-Quran dia pasti dapat mengingati dengan baik.Saya sangat kagum dengan kelebihan yang ada pada dia.
Bagi kedua-dua arwah tok Salmiah & tokwan Dali pula mereka sentiasa mengamalkan kesederhanaan.
Mereka semua merupakan inspirasi bagiku.

اللهم اغفر لهم وارحمهم , وعافهم واعف عنهم

Jom mulakan hari ini dengan niat yang baik dan betul.

Ada para ibu atau bapa yang sedang mencari DIY Cube Wardrobe? Kini terdapat beberapa jenis Cube.


9 CUBE : RM 145 FREE POSTAGE

*SPONGEBOB (SOFT BLUE)
*SPONGEBOB (SOFT PINK)
*ZOO (SOFT GREEN)
*ZOO (SOFT PINK)

12 CUBE :RM190 FREE POSTAGE
*SPONGEBOB (SOFT BLUE)
*SPONGEBOB (SOFT PINK)
*ZOO (SOFT GREEN)
*ZOO (SOFT PINK)

16 CUBE :RM230 FREE POSTAGE
*SPONGEBOB (SOFT BLUE)
*SPONGEBOB (SOFT PINK)
*ZOO (SOFT GREEN)
*ZOO (SOFT PINK)




--->16 CUBE RM230 FREE POSTAGE 
--->16 CUBE + SHOES RACK RM240 FREE POSTAGE

*GREEN
*PURPLE
*SOFT BLUE
*BLACK

 Hubungi saya sekarang, 

Email : wannooraini89@gmail.com

Sms/whats app : 010-3880906
 Facebook : Wan Aenie ( https://www.facebook.com/messages/wan.aenie )

Monday 25 August 2014

MERDEKA



Bismillah...
Alhamdulillah syukur pada hari ini bertarikh 25 Ogos 2014 bersamaan 29 Syawal 1435H aku masih lagi bersama-sama keluarga tersayang. 
Negara kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos nanti.
Dalam sibuk membuat iklan online serta kerja-kerja rumah baru aku perasan apabila melihat di kaca televisyen bahawa tahun ini merupakan tahun ke 57 kita Merdeka. Terus hati ini terkenangkan mak abah yang berada di kampung. Sesungguhnya hati ini merasa sayu...
Kerana hari lahir mak jatuh pada 1 September. Mak lahir pada tahun 1956, setahun sebelum negara kita Merdeka. Jarak umur antara mak dan abah pula ialah 4 tahun. Tarikh lahir abah pula pada 27 Jun 1952. Antara kaitannya hari Merdeka ke 57 dengan kesayuan yang bersarang di hati ialah umur mak dan abah. Semakin lama kita menyambut hari kemerdekaan semakin banyak umur mereka. 
Sejak dari alam persekolahan lagi, aku telah memasang azam untuk merbalas jasa mereka. Akan tetapi aku tidak mampu lagi memberi mereka wang @ menjaga mereka kerana aku sendiri masih lagi terlalu mentah. Apa yang boleh aku lakukan ialah membuat hati mereka gembira. Antaranya aku berusaha sebaik mungkin dalam pelajaran kerana aku ingin menghadiahkan kejayaan aku kepada mereka. Alhamdulillah, aku dapat capai hajat itu. Ketika zaman persekolahan lagi setiap kali Hari Kecemerlanagan yang diadakan di sekolah pasti akan ada namaku. Pernah juga aku naik kepentas untuk mengambil hadiah lebih daripada 3 kali.Terukir senyuman di wajah mak abah dengan pencapaianku ini.

Selepas tamatnya SPM, aku bertekad tak nak lagi sambung belajar dalam bidang yang menggunakan Bahasa Arab. Tetapi itu hanyalah angan-angan sahaja. Ketika aku menunggu keputusan SPM aku telah di hantar oleh abah sendiri ke Sekolah Memandu. Untuk makluman, pada tingkatan 4 aku telah mengambil lesen motorsikal tetapi sekadar lesen L sahaja. Sampailah tamat persekolahan barulah aku mendapat lesen P motorsikal serta kereta...



Okey, aku ingat lepas selesai bab lesen aku bolehlah berehat. Sekali lagi aku dihantar oleh abah ke pusat pembelajaran komputer untuk belajar asas-asas Microsft. Dapat juga aku tamatkan, Alhamdulillah... 
Sambil-sambil aku mengambil sijil asas Microsoft, abah juga menghantarku untuk belajar memasak. 
Pada suatu Jumaat, pulangnya abah dari solat Jumaat dia menceritakan bahawa terdapat iklan pengambilan pelajar baru untuk Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sedang di buka. 
Huh, apa yang aku angankan nampaknya terpaksa diketepikan...
Mak dan abah menghantar saya untuk berdaftar di Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis atau lebih dikenali sebagai Iptips.

Ketika itu, hati kecilku berbisik bahawa setelah keputusan SPM keluar pasti aku tidak perlu meneruskan pengajianku ini lagi. Benarlah firman Allah Ta'ala dalam ayat ke 54 surah Aali 'Imran : 
وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
Mafhum daripada ayat ini : Sebaik-baik perancangan ialah perancangan Allah.
Kesemua permohonanku  untuk sambung pengajian yang menggunakan keputusan SPM gagal!


Kata mak, tak mengapa STAM kan ada. Terus aku berubah 360 darjah dengan memfokuskan kepada STAM pula. Akhirnya keputusan yang ditunggu setelah usaha yang aku lakukan melayakkan aku untuk sambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Usuluddin. Ketika ini aku hanya memiliki sijil STAM sahaja manakala sijil Muet aku tiada. Oleh yang demikian hanya IPTS yang layak aku mohon. Sepanjang 3 tahun aku belajar, 3 semester aku berjaya mendapat Anugerah Dekan. Syukur kepada Yang Esa. Aku berjaya menghadiahkan kejayaanku kepada mak dan abah...
Ketika ditahun akhir ada beberapa kali mak menyebut bahawa salah seorang abangku telah berbual dengannya mengenai Sarjana Hadith di USM. Aku dapat mengagak mereka inginkan aku menyambung pelajaran sehingga Sarjana. Bermula saat itu, aku telah menyuarakan hasrat hati aku kepada kawan-kawan apabila kami bersembang mengenai apa yang akan dilakukan setelah tamat belajar nanti...

Akhirnya, pada April yang lalu segulung sijil Ijazah Sarjana Hadith dapat aku genggam. Tiada kata dapat aku ungkapkan melainkan syukur yang  tidak terhingga kepada Yang Berkuasa. Dengan izin-Nya aku dapat menamatkan pengajianku dengan baik walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu aku lalui...Syukur Alhamdulillah...
Hanya itu aku mampu hadiahakan buat mereka. Masih lagi tidak dapat membalas segala jasa yang telah mereka berikan kepadaku...Setiap kali berdoa aku memohon agar dapat mengembirakan mereka tak kira dengan cara apa sekalipun. Aku berharap suatu hari nanti aku dapat menjaga mereka sendiri apabila mereka memerlukan kudratku ini.


رَبِّ اغْفِرْ لِيَّ وَلِوَالِدَيَّ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا


Akhir kata, selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 57 Malaysiaku , Tanah Airku!



Saturday 23 August 2014

Harness Buddy

Takut anak anda hilang ketika bersama orang ramai? Jangan risau, saya ada penyelesaiannya. Kini terdapat suatu bag pack yang boleh dijadikan sebagai tali keselamatan si comel anda. Di negara asing mereka sudah menggunakan tali keselamatan ini sudah lama tetapi di negara kita adalah suatu perkara baru. Terdapat beberapa rekaan yang menarik antaranya:
  • Mickey Mouse
  • Minnie Mouse
  • Pooh
  • Tiger 
  • Sesame Street
  • Bear


Keterangan bagi Harness Buddy ini seperti berikut:

2 in 1 Harness Buddy

Ideal for children and kids over 18 months. Goldbug's FUN 2 in 1 BACK PACK is a crowd please for parents and toddlers alike! The FUN BACKPACK with safety rein by Goldbug is a cute way to keep kids safe in public places, functioning both as a harness and backpack.

The child-friendly harness keeps your precious child close when you need it most. The safety strap adjusts as your child grows. The buckle allows easy on-off access while the connection strap remains securely attached. The long, 5-foot tail allows your little adventurer to move about while still under parents' control.

* ideal for the outdoors and public places
* for use as a backpack or harness
* includes fun pouch for toys
* adjustable straps
* convenient safety buckles
* safety reign with secure clip attachment
* easy to put on! Fun to wear!
* machine Washable
* made of 100% polyester
* 18 months +
* animal fun for kids on the run!

Jam Tangan Shark




Anda inginkan jam tangan berjenama dan berkualiti pada harga mampu milik? Saya ada jawapannya. Jam tangan Shark sangat sesuai dipakai serta boleh dijadikan sebagai hadiah kepada orang tersayang. Harga jam ini bermula dari RM135 sehingga RM360. Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya 010-3880906


Friday 22 August 2014

MH17


Bismillah
Alhamdulillah
Semalam di hari Jumaat
Hari yang penuh barakah
Telah selamat tiba jenazah-jenazah MH17
Semoga roh-roh mereka dicucuri Rahmat serta di tempatkan bersama para soleh & solehah
Buat kita yang masih hidup pula
Semoga segala amal,usaha dan rezeki yang kita peroleh akan di berkati Ilahi
Allahummaghfirlahum warhamhum wa'fiihim wa'fu'anhum


Saturday 16 August 2014

Bisnes on9

Selepas tamatkan pengajian saya hanya sempat berehat lebih kurang 1 bulan setengah saja... Pada ketika itu saya terfikir kerja apa yang sesuai dengan saya yang tengah sarat mengandung... Adakah majikan yang akan menggajikan saya Ada seorang sahabat perkenalkan bisnes online , alhamdulillah Rezeki Allah ada di mana-mana sahaja Kurang dari sebulan saya di temukan pula dengan sebuah Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) syukur sekali lagi saya mencuba. Antara hasil yang dapat saya lakukan setakat ini ialah blog ini.




Nampak simple dan mudah saja buat blog tapi perlu berguru juga. Apa pun semoga selepas ini saya dapat meluaskan lagi bisnes online saya, Allahumma aameen, aameen...